Saturday 31 March 2012

Ansoff Matrik~ Pemasaran

Sedikit perkongsian tentang Ansoff Matrik !! Ni ada dalam subjek Pengantar Pemasaran untuk sem 2 ni !!






Penembusan pasaran

Penembusan pasaran adalah nama yang diberikan kepada strategi pertumbuhan di mana perniagaan memberi tumpuan kepada menjual produk sedia ada ke pasaran yang sedia ada.

Penembusan pasaran bertujuan untuk mencapai empat objektif utama:

• Mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran produk semasa ini boleh dicapai dengan gabungan strategi harga yang kompetitif, pengiklanan, promosi jualan dan mungkin lebih banyak sumber yang didedikasikan untuk jualan peribadi

• penguasaan selamat pasaran pertumbuhan

• Penstrukturan pasaran matang dengan memandu pesaing; ini memerlukan kempen yang lebih agresif promosi, disokong oleh strategi harga yang direka untuk membuat pasaran tidak menarik bagi pesaing

• Meningkatkan penggunaan oleh pelanggan-pelanggan yang sedia ada - contohnya dengan memperkenalkan skim kesetiaan
 Strategi pemasaran penembusan pasaran adalah sangat tentang "perniagaan seperti biasa". Perniagaan memberi tumpuan kepada pasaran dan produk.Ia mungkin mempunyai maklumat yang baik pada pesaing dan keperluan pelanggan. Ia tidak mungkin, oleh itu, bahawa strategi ini akan memerlukan pelaburan yang besar dalam penyelidikan pasaran baru.

Wednesday 28 March 2012

Kisah Taubat Si Firaun ~

 "Firaun kejam!!"
"Firaun penindas!!"
"Firaun perosak kedamaian!!"
"Firaun angkuh! Sombong! takbur!!"

Ya.

Apabila ditanya tentang Firaun,begitulah jawabnya. Semuanya buruk! Langsung tiada sisi positif yang dapat digambarkan.

Sememangnya kenyataan buruk itu merupakan suatu yang benar dan tidak dapat dinafikan.

Lebih-lebih lagi,kisah kekejaman pemerintahan Firaun banyak dinukilkan di dalam Al-Quran.

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." [28:4]

Firaun memang teruk!!
Namun..
Kita kena ingat bahawa Firaun juga sempat bertaubat dan mengaku beriman kepada Allah!

"Firaun sempat bertaubat?? Biar betul.. bila??"

Tuesday 27 March 2012

~SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH~

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.



antara muslimah yang saya kagumi *_* Oki Setiana Dewi


Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31



Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.



Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.







P/s : Di sini saya lampirkan sedikit tentang aurat muslimah seiring kehendak syarak.Insyaallah semoga kita semua diredhai Allah swt,Ameen ^_^








Thursday 15 March 2012

KEINDAHAN AKHLAK RASULULLAH ^_^


 ~Kisah Nabi Muhammad SAW dan Pengemis Buta~


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW yang dihinanya setiap hari. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu pun kebiasaan Rasulullah yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.” “Apakah Itu?,” tanya Abubakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana,” kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, ”Siapakah kamu?” Abubakar RA menjawab, ”Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” ”Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu.

”Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, ”Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Mendengar penjelasan Abubakar RA, seketika itu juga pengemis itu meledak tangisnya, sangat menyesal, dan dalam basahnya air mata ia berkata, ”Benarkah itu? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia, begitu agung…. ”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

subhanallah !
begitu indahnya akhlak baginda.suri teladan yang baik.
salam dan berselawatlah buat baginda.

Tuesday 13 March 2012

Me as Committee~


Assalamualaikum...
semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa peroleh rahmat Allah swt.





tengok gambar tag nama kat atas,yes !
1 pengalaman yang saya takkan dapat lupakan,iaitu menjadi "committe" bagi program Productive Muslim Seminar.Program ini berlangsung di UIA selama 3 hari.Dan saya ditugaskan untuk memegang post "catering".Kerja yang sangat senang.Sponsor makanan selama 3 hari ini adalah daripada Hadramawt Restaurant.Alhamdulillah dapat rasa makan makanan Arab dan Yaman.


Pengalaman yang sangat bermakna dan berharga bagi saya.Kalau nak tahu,program ni "fully English".hmm tergagap2 jugalah bercakap dalam bahasa Inggeris dengan peserta yang datang."Post-mortem" pun dalam English juga.Cuba jangan tak cuba.^_^


Selain itu,program ini sangat bagus kerana inilah pertama kali saya dapat lihat ahli-ahli jawatankuasa yang melibatkan gabungan ajk luar dan ajk dalam negara bergabung tenaga dan bekerjasama bagi menjayakan program ini.Dapat kawan baru dengan mahasiswa luar negara,satu kenangan yang sangat bermakna.moga ukhuwah terus berkekalan.






Program anjuran One Heart Creative Solutions ini telah menjemput "speaker" dari luar negara iaitu En. Mohammed Faris,Founder & CEO,Productive Muslim Ltd.




Bagi saya seminar ini sangat meninggalkan impak yang berkesan kerana telah menerapkan pelbagai tips-tips untuk berjaya,bukan hanya berjaya di dunia sahaja,malah juga berjaya di akhirat kelak.Forum Intelektual juga sangat baik dikendalikan oleh En. Faris bersama dua orang panel Ust. Zaharuddin dan Dr. Harlina.

Selepas 3 hari program pun tamatlah sudah.Hari ke 4 pula diadakan "dinner" bagi "committee" di Hadramawt Restaurant.Pertemuan terakhir antara satu sama lain.huhu.(T_T)





Akhir kata,rindu dengan sahabat-sahabat "committee" semua.Kalau ada jodoh Insyaallah jumpa lagi.

p/s : ada peluang ambil peluang,
ada kesempatan jangan lepaskan,
kutip pengalaman yang ada,
pengalaman sangat bermakna,
kenangan takkan ku lupa. ^_^




Sedikit gambar kenangan~


En Faris dan Ahli Jawatankuasa Program







Kakitangan One Heart dan Dr. Harlina






Peserta seminar.






"Intelectual Forum"






Our VIP~ lunch.











Fe Germs from our participants.













Dinner at Hadramawt Restaurant.











Nice germs.






Me and Friends *_*









TQ =)

Tuesday 6 March 2012

PD : Kepimpinan Dari Perspektif Islam ^_^


REFLEKSI DIRI 1
Kepimpinan Dari Perspektif Islam
      Kepimpinan adalah proses di mana individu mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi serta keupayaan untuk mambawa orang lain  ke arah yang lebih baik.

      Dari perspektif Islam,kepimpinan adalah suatu tanggungjawab yang berasaskan amanah dan taqwa.Sumber rujukan utama yang digunakan adalah Al-Quran dan As-Sunnah pada setiap masa dan walau di mana-mana mereka berada.Allah SWT mencipta manusia di dunia ini adalah mereka ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengajak diri sendiri,keluarga dan ahlinya ke arah matlamat yang sesuai dan menggunakan cara yang diredhai Allah SWT untuk mencapai matlamat tersebut.

       Berbanding kepimpina melalui perspektif barat,ia adalah berasaskan pencapaian matlamat semasa yang berkaitan dengan aspek kehidupan dunia semata-mata.Manakala,dari perspektif Islam ia pula menitikberatkan kedua-dua aspek iaitu duniawi dan ukhrawi.Pemimpin mestilah menetapkan sepenuh kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah SWT.Tambahan pula,pepimpin haruslah menegakkan “amar makruf , nahi mungkar” sama ada dari segi akidah,syariah,ibadah dan akhlak.

        Penting bagi seorang pemimpin untuk menjaga hubungan baik mereka dengan Allah SWT,menjaga hubungan manusia lain dengan diri mereka sendiri dan hubungan manusia dengan makhluk Allah SWT seperti alam sekitar dan haiwan ciptaan Allah SWT.

        Melalui pembacaan saya mendapati bahawa pemimpin haruslah menunaikan amanah kepimpinan seperti :
-Wajib mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT
-Taat setia kepada sunnah serta segala ajaran Baginda
-Pemimpin juga haruslah menanamkan taat setia kepada para muslimin,ulil ‘amri’ iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarat.
-Pemimpin itu juga haruslah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama iaitu sebagai rujukan mereka dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

     Di antara perbezaan dari perspektif Islam dan perspektif barat yang saya dapati adalah dari perspektif Islam perlu bagi seorang pemimpin untuk menjalankan amanah ketuhanan yang merangkumi urusan duniawi dan ukhrawi.Kepimpinan juga adalah sebagai suatu taklif(tanggungjawab) dan pemimpin juga haruslah dipimpin berteraskan juga ilmu,iman dan amal.Manakala,dari perspektif barat ia hanyalah mementingkan urusan duniawi dan manusiawi.Kepimpinan juga adalah sebagai proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat.Kepimpinan dari perspektif barat juga memberi keutamaan kepada individu,sumber-sumber,tugas dan matlamat serta situasi(kepuasan) masing-masing.

     Untuk berjaya dalam memimpin sesebuah organisasi,seseorang individu itu haruslah berilmu,beriman dan beramal dengan penuh ikhlas tidak kira apa jua bidang sama ada ekonomi,sosial ataupun politik.Kepimpinan dalam Islam selalunya mengamalkan syura(mesyuarat) dalam membincangkan apa yang diperlukan oleh sesuatu organisasi.

     Di sini juga saya nyatakan beberapa ciri-ciri pemimpin yang berhak dipilih.Antaranya adalah seorang pemimpin itu mestilah muslim akil baligh dan seorang lelaki.Beliau juga mestilah seorang yang adil dalam melaksanakan hak-hak Allah SWT serta berilmu sama ada ilmu fardhu ain serta ilmu fardhu kifayah.Selain itu,pemimpin juga mestilah seorang yang mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berdasarkan ilmu,hikmah,bijaksana.Beliau juga mestilah mempunyai adab dan akhlak yang baik agar dapat menjadi contoh teladan yang baik (qudwah) dan mempunyai sifat mahmudah agar dapat menjadi ikutan untuk semua ahli-ahlinya.Sifat optimistic,istiqamah,ikhlas dan jujur juga penting.Di samping itu,pemimpin perlulah sihat tubuh badan agar mudah menjalankan gerak kerja sehari-hari.Penting juga bagi mereka untuk mengenali jemaah mereka sendiri dan tahu kelemahan dan kakuatan diri mereka.

     Setelah mambaca tajuk Kepimpinan Dari Perspektif Islam ini,saya mendapati bahawa setiap manusia sepatutnya sedar akan kewujudan mereka ini diciptakan oleh Tuhan di muka bumi ini adalah sebagai seorang khalifah yang menetapkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan serta pengabdian diri kepada Allah SWT.

     Sepanjang hidup kita sering melakukan sesuatu untuk mendapatkan habuan yang “singkat” iaitu seperti keuntungan,gaji dan puji-pujian.Namun,sepatutnya yang kita harus sedar apa dan kenapa kita melakukan sesuatu dan itu adalah kerana mengharap keredhaan Allah SWT semata-mata dengan melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang sama ada dari hal duniawi mahu pun ukhrawi.

     Saya juga mempelajari bahawa kita semua adalah seorang pemimpin,Pemimpin yang memimpin diri kita sendiri,memimpin keluarga,sahabat serta masyarakat yang ada di seliling kita.Pada saya,masing-masing perlulah memupuk nilai-nilai murni seperti jujur,istiqamah,ikhlas,tawadu’ dan menyemai semua sifat mahmudah dalam diri seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW  kepada kita semua.Ini penting kerana setiap pemimpin akan dilihat sebagai seorang “role model” dan akan dijadikan ikutan oleh ahli-ahli bawahan.

     Di samping itu,untuk menjadi pemimpin yang baik,kita perlulah meguasai ilmu dari semua aspek sama ada ilmu fardhu ain dan fardu kifayah.Pentingnya ilmu ini untuk membantu melancarkan lagi perjalanan hidup kita.Ilmu yang dipelajari juga mestilah diamalkan sepanjang masa.

     Sebagai tambahan,untuk menjadi pemimpin yang baik,saya juga harus menjaga hubungan yang baik dengan Pencipta,menjaga hubungan antara manusia dengan manusia lain serta menjaga hubungan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain misalnya alam sekitar dan haiwan.Ini akan dapat mambantu mengelakkan diri menjadi seorang yang hanya mementingkan diri sendiri dan ia akan dapat membantu saya agar lebih disenangi oleh orang lain dan diberkati juga oleh Allah SWT.     

     Sebagai konklusi,saya rasa penting untuk setiap manusia menyedari akan tugas mereka sebagai seorang khalifah dan pemimpin di dunia ini.Seorang pemimpin yang bijak juga akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik agar dapat dijadikan ikutan oleh orang lain khususnya ahli-ahli organisasi.Pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa berbincang bersama ahli organisasinya agar langkah-langkah terbaik dapat dicapai dan digunakan dalam melakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.Amalan spiritual juga penting dilakukan setiap hari oleh setiap pemimpin agar mereka lebih dekat dengan Pencipta seterusnya dapat menjalankan kehidupan dengan lebih diberkati.

Sunday 4 March 2012

Tak Seperti Bintang Di Langit***

Menjadi Diriku~

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

Rumah Mesra Rakyat 1M~

RMR1M RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA

Program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak


Beliau berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.
“Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baru MR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.

Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya.
Najib berkata, borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.

Menurut SPNB, sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.

Ketika ditemui pada majlis itu, Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata, penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.

“Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari
mengikut kaedah konvensional,” katanya.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia

Saturday 3 March 2012

Muhasabah Seorang Hamba~





tanya pada diri ,
apa bekalku "di sana" nanti?
masih adakah sang esok hari?
untuk menebus kesilapan lalu?
jalan meniti jalan,
waktu bertambah waktu,
sudahkah salahku di maaf Tuhan?







hari berganti hari,
akan berulangkah lagi dosaku yang semalam?
soalan pada diri,
jawapan pada diri,
usaha wahai hamba,
mengecap Redha yang Esa,
janji tetap janji,
hari "nanti" pasti terjadi~


~Moga Allah Redha~

Friday 2 March 2012

Murninya Kasih Ibu~

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
====================================
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^

Senyum Itu Sedekah ^_^

Senyum itu sedekah~
Senyuman sudah dapat meredakan api kemarahan seseorang.




Senyumlah walau sedang dalam masalah,
Senyumlah walaupun sedang sakit,
Senyumlah dalam menghadapi dugaan.
Senyum juga tanda mensyukuri =)
Senyumlah sedekah paling mudah~

Senyum jangan disalahguna~