Friday 28 September 2012

Muhasabah Hamba ~

Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, “Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan?” Gurunya menjawab, “Lupa kepada Allah.” Zun nun menjawab, “Allah memanggilku menghadap-Nya” seraya berkata, “Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku.”
Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padahal umur kian tiada
Namun dosamu makin bertambah

Diceritakan pula seorang lelaki soleh bermimpi berjumpa ayahnya. Kemudian dia bertanya, “Wahai ayah, bagaimana keadaanmu?” Ayahnya mengatakan, “Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan mati pun dalam keadaan lalai.”
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut dating bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Adalah muhal dan batil

“Manusia itu berbicara tiga hal. Namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata “Kami hamba Allah.” Akan tetapi mereka berbuat bebas. Mereka berkata, “Allahlah yang menanggung rezeki kami.” Namun hati mereka hanya akan tenang jika bersama harta, “Kami mesti akan mati.” Padahal mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati. Ini pun bertentangan dengan ucapan mereka. Lihatlah dirimu wahai saudaraku! Dengan badan yang mana engkau menghadap Allah? Dengan lisan apakah engkau akan menjawab-Nya Lalu apa katamu jika Dia bertanya? Siapakah jawapan yang benar atas pertanyaan itu! Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang engkau perbuat. Kemudianlah nasihatilah orang-orang mukmin agar tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan-Nya, serta agar mereka mengesakan-Nya dalam bersendirian dan dalam ramai. ”

Tersebut dalam hadis daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Tertulis di Arasy, ‘Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepada-Ku’. ”
Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap keputusan-Nya. Sabar atas bala-Nya. Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya.

Allah SWT berkata: “Barangsiapa tidak redha terhadap keputusan-Ku, tidak sabar atas bala-Ku tidak bersyukur atas nikmat-Ku serta tidak menerima akan pemberian-Ku, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku.”

~Soalan~

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya.Pada saya,dalam politik semuanya sama.Saya tidak suka terlibat dengan politik.Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara.Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik.POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan.Mengapa kita tidak menyukai politik?.Ini kerana,dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan.Kita perlu PRIHATIN dengan politik.Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku.Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.

Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu.Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.

Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global."

:: Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"