Thursday, 5 April 2012

Mahasiswa Perlu Cakna~

Assalamualaikum...
Semoga semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang Allah swt...

Pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan kata syukur kepada Pencipta kita,Pemilik hati-hati kita,kerana dengan izinNya dapatlah kita bernafas dan kembali meneruskan sisa umur yang kian "pendek". Alhamdulillah !

Hari ini saya nak berkata mengenai sifat yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa khususnya. Apakah sifat itu? Sudah pastilah, mengenai sifat "sensitif"nya  mahasiswa terhadap isu-isu semasa.

Pada pendapat saya, mahasiswa kita pada hari ini sangatlah beruntung kerana mudah jalan mereka untuk meneruskan sesi penggalian ilmu di universiti masing-masing. Mana tidaknya, sebilangan besar mahasiswa diberi bantuan seperti biasiswa ataupun pinjaman agar mereka dapat meneruskan usaha mereka untuk menggilap diri menjadi insan yang terbaik kerana mahasiswa sendiri adalah aset penting sesebuah negara.

Mahasiswa diberi kepercayaan untuk menuntut ilmu agar mereka dapat menghasilkan suatu perubahan yang membawa kepada kebaikan kepada negara,keluarga dan masyarakat khususnya.Namun begitu, sedar atau tidak, kebanyakan mahasiswa di universiti tidak minat untuk mengambil tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita sendiri. Bahkan lagi teruk, ada yang langsung tidak tahu apa pun yang berlaku dalam universiti mereka sendiri. Di mana sikap "cakna" mereka?
Kebanyakan mereka merasakan sekarang bukanlah masanya untuk mengambil tahu hal luar. Ada yang berfikiran, bilamana mereka masuk dalam universiti, fokus yang hanya perlu diberikan hanyalah kepada pelajaran akademik sahaja.

Nilai negatif seperti ini perlu kita hakis dan perlu kita tapis agar mahasiswa sedar bahawa amanah yang diberikan bukan sahaja untuk kejayaan mereka menamatkan pengajian di universiti sahaja, tetapi apa tindakan yang bakal mereka lakukan untuk masyarat dan negara akan datang. Pentingnya mereka cakna akan isu-isu semasa yang berlaku adalah untuk menjadikan negara ke arah yang lebih baik. Bagaimana mereka dapat melakukan perubahan jika hal dalam negara sendiri pun mereka tidak cakna? Mahasiswa tidak tahu peranan mereka yang sebenarnya. Hinggakan ada yang menjadi mahasiswa 4k, iaitu kuliah,kafe,katil dan kekasih hati mereka.


6 comments:

  1. salam cik wahidah
    tahniah kerana anda sudah bergiat bermain blog
    soalan saya adakah anda meminati bahagian pemasaran? itu saja soalan saya :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cik fadhil...tq...semoga terus giat ber"blog" juga...soalan tentang pemasaran tu cam pelik ja?hoho :PPP tapi memang minat pon :)

      Delete
  2. SALAM Wahi..

    Yaa pun selalu terlepas untuk tahu berita2 semasa.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam yaa... xpe,boleh guna fb ataupon bykkan baca surat khabar? google pom bole ya ork ! :)

      Delete