Komen Video Korporat~
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...
alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan
rahmatNya kita masih dapat berada di muka bumi ciptaanNya dan melakar sisa-sisa
baki kehidupan dengan sebaik mungkin, semoga kita berada di bawah lembayung rahmatNya
selalu. InsyaAllah !
Pada Selasa minggu lepas, saya dan sahabat-sahabat kelas
Aplikasi Komputer telah melihat dua
tayangan video korporat. Linknya dapat dilihat seperti di bawah.
1) http://www.youtube.com/watch?gl=US&v=ONr0whCW_gM
2) http://www.ukm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=159&Itemid=364&lang=bm
Pada pandangan
saya, kita semua sangat beruntung kerana telah menjadi insan terpilih untuk
menjadi salah seorang mahasiswa di Universiti kebangsaan Malaysia ini. Sungguh,
UKM adalah sebuah universiti yang sangat terkenal dengan keintelektualan
penuntunya serta keberkesanaan pihak pentadbir dalamnya sehingga berjaya menjadi
tempat ke-5 dalam “ranking” universiti terbaik di dalam Malaysia. UKM juga
bukan sahaja menjadi pilihan pelajar-pelajar dalam Negara untuk menalnjutkan
pelajaran malahan juga ia telah menarik minat pelajar dari Negara luar untuk
belajar di sini.
Di sini, kita
dapat lihat pelbagai kemudahan dan prasarana yang telah disediakan oleh pihak
pentadbiran untuk kesenangan pihak pentadbiran dan para mahasiswa mahasiswi
khususnya. Di antara kemudahan yang telah disediakan disini adalah seperti
Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), kiosk-kiosk, kafe-kafe, kolej kediaman,makmal
komputer , bas dan sebagainya. Di sini, mahasiswa mahasiswi di sini patut
bersyukur kerana segala kemudahan ini disediakan untuk mereka agar mereka lebih
selesa untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan agar menjadi insan yang
berjya dan berguna pada negara kelak.
Akhir kalam, semoga kita semua
sentiasa bersungguh-sungguh menuntuut ilmu di sini sama ada dalam bidang
akademik, kokorikulum dan sebagainya.Pernah saya terbaca akan kata-kata hikmah
iaitu, “Jika kita ingin melihat sesebuah negara itu berjaya, lihatlah akan pemuda
pemudinya kini”. Ini adalah kita
merupakan asset kepada negara kita sendiri dan merupakan harapan keluarga, masyarakat
dan agama khususnya. Semoga kita sentiasa menjadi kebangsaan semua pihak.
InsyaAllah !
~ I LOVE UKM ~
Sekian… ^_^
No comments:
Post a Comment