Sunday 17 June 2012

Euro Euro Juga Tapi Jangan Lupa.......

Salam dihulur buat pembaca, semoga semua ceria-ceria sentiasa, amboihh !  :P

~ Semua tahu sekarang musim bola, bola malam-malam, lewat malam pulak tu, aishh awat orang lelaki kebanyakannya suka bola ek ? sanggup tunggu, maybe adalah 1 kepuasan, bila dapat tengok bola dijaringkan dan Golll ! tambah-tambah bila pihak yang disokong tu yang menang, memang gembira.

Saya tak suka tengok bola tapi tengok jugak laa, gitu-gitu jela, suka tengok yang 2 group untuk final punya, heheh ! yang mana menang yang tu saya sokong, kui kui ! teringat yang perlawanan Malaysia haritu, yang Negeri Sembilan lawan Kelantan (kot) tak ingat, tapi sempat tengok bersama-sama kawan, dia orang Kelantan semangat ngajak saya tengok bola kat cafe kolej, saya pon pergila, emm duduk then tengok, best jugak la, tengok bola ni macam-macam perasaan ada, suspens, gembira, sedih, tertunggu-tunggu, adoiii macam-macam perasaan ada...



Hmm, sebenarnya apa yang nak ditekankan kat sini adalah didalam  keseronokan kita mengikuti perkembangan arena bola sepak Euro sekarang ni, jangan pula kita lupa apa yang sedang berlaku pada saudara seagama dengan kita, macam di Syria , Myanmar dan Palestin. Di luar sana saudara - saudara sedang berjuang antara hidup dan mati, berjuang  mempertahankan akidah mereka, macam-macam yang mereka lalui, jangankan kerana sikap kita yang lalai dan cuai kita lupa akan saudara-saudara kita.

Apa yang boleh kita lakukan ? ya, kita ni bukanlah kuat untuk menentang secara langsung terhadap musuh-musuh Allah yang kejam ini, tapi cukup juga kita hadirkan sikap ambil berat dalam diri, mereka saudara kita, kalau bab bola kita pulun ikuti dari awal, kenapa tidak hal saudara-saudara kita ni ? Saban hari semakin ramai saudara kita yang dibunuh, diseksa, tapi kenapa tidak kita cuba buat  sesuatu, apa yang boleh kita lakukan? Ya , dengan berDOA'... kalau itu yang kita hanya mampu  lakukan, lakukanlah hal yang 1 itu, jangankan orang lain sibuk bercakap tentang isu  ini tapi kita hanya diam dan terus dengan keseronokan yang kita ada. 

Sebenarnya bila difikirkan balik sepatutnya kita memang sangat perlu mengingati saudara-saudara kita, dan bilamana kita ingat akan mereka ini akan dapat melahirkan rasa syukur dalam diri. Mereka nak makan pon susah, nak tidur pon susah, nak beribadah pon susah, tapi kita masih diberi kesenangan tapi kadangkala kita kurang bersyukur, betul atau tidak ? yuk tanya pada diri masing-masing ~ hmm...

Akhir kata, marilah kita sama-sama cuba sedia cakna akan isu-isu yang berlaku pada saudara-saudara kita di luar sana, tiapkali selesai solat, pohonlah pada ALLAH dan berdoalah untuk keselamatan dan kebaikan saudara kita, semoga ALLAH memberi yang terbaik kepada kita semua ~ InsyaAllah...


2 comments: