Thursday, 30 May 2013

Amanah Perkara Besar...

Assalamualaikum...
Lama rasa tak update blog, sibuk kot, Allah semoga diri ni sibuk dengan perkara yang bermanfaat. InsyaAllah.

Hari ini nak menulis sikit tentang amanah. Cakap tentang amanah, tahniah dan takziah kepada diri sendiri sebab dah ditaklifkan sebagai Timb. Bendahari PMFEP sesi 2013/2014. Ingatnya tahun depan bagi sesi akan datang ni dah tak nak pegang apa-apa jawatan, dan nak tumpu kepada thesis dan latihan industri, tapi apakan daya, kita merancang namun, perancang terhebat adalah Allah swt. Maka, hati ini terima dengan hati yang lapang. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Jawatan adalah amanah. Amanah benda besar dan akan dipersoalkan kelak. Bukan suka-suka je kita diberikan suatu jawatan tu mesti ada sebabnya. Sebab yang kita kena fikir, cari dan kaji sendiri. Amanah adalah tanggungjawab. Kalau difikirkan, ramai sekali yang mengganggap jawatan itu sahaja adalah sebagai amanah.

Sebenarnya, amanah ni banyak sebenarnya. Amanah kepada Allah, amanah kepada ibu bapa dan sebagainya. Semak kembali bagaimana 'amanahnya' kita sebagai seorang hambanya? amanahkah kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini? amanah atau tidak terhadap ibu bapa dan sahabat-sahabat?

Amanah adalah tanggungjawab. Maka, bila disebut tanggungjawab, sudah terletak di bahu kita bahawa kita mesti laksanakannya dengan sebaiknya. Dan ada pula mereka persoal, kenapa aku diberi amanah seberat ini? kenapa aku tidak dipilih untuk menjalankan amanah tersebut? Ingatlah, Allah takkan uji kemampuan seseorang kalau orang itu tidak mampu. Kadang-kadang kita rasa berat, tapi sebenarnya itulah yang terbaik buat diri kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia Maha Tahu apa yang terbaik.

Sekian je kot perkongsian hari ni.
Sebagai pengakhiran, ingatlah...jawatan bukanlah segala-galanya, namun ia bermula dengan diri sendiri, refresh niat, amanah benda besar dan penting, antara perkara yang akan "disoal" kelak adalah pabila kita dapat amanah dan kemudian akan ditanya apa yang sudah kita buat dengan amanah tersebut. semoga kita menjadi seorang yang amanah, insyaAllah :)

2 comments: