Sunday, 14 October 2012

Introspeksi Iman 4 ~ Sabar

Assalamualaikum...

Marah Itu Mudah Tapi Sabar Itu Indah ~

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
“Fasobrun jamil((فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar. Sabar merupakan asbab kepada kecintaan Allah kepada hambanya sehingga diberikan syurga sebagai ‘hadiah’ dek kerana kesabaran itu. Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung.

Apa Itu Sabar???
Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah. Dalam tasawuf, sabar diistilahkan sebagai tahan menempuh sesuatu yang sukar.

Ayat-ayat Al-quran dan hadis berkaitan SABAR
1-Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana)mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.(Al-Kahfi, 18:28).


2-Apabila kita berbicara tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, merekaitulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.”(Al-Baqarah, 2:177).

3-Rasulullah ‘Alaihi Solatu Wassalam bersabda yang bermaksud: “Sabar itu sebahagian daripada iman.”(Riwayat Al-Baihaqi). Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran.

4-Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.”(Riwayat Muslim).

Allah itu bersifat dengan sifat sabar. Dia bersabar dengan karenah dan perbuatan hambaNya. Justeru, antara nama Allah yang mulia itu adalah as-Sabur(Zat Yang Maha Sabar). Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan member mereka rezeki.”(Riwayat Ahmad daripada Abi Musa al-Ash’ari r.a) mdh2an, sntiasa mndidik hati kte untuk sentiasa bersabar dlm setiap perkara...krn sabar itu kaitannya dgn iman dlm diri...
insyaAllah, sabar adlh kunci kpd ketenangan n kebahagiaan...
~Aku, Kamu & Allah~

No comments:

Post a Comment