Thursday 27 December 2012

semangat !

Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut memakannya pula.

Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.

Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan atau melukakan seseorang di hidup ini.

Kamu mungkin berkuasa hari ini tapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.

Nukilan untuk apa yang berlaku hari ini. Kekalkan semangat semua dan jangan sesekali henti kemaraan dan berputus asa.

Senyum. :)

Tuesday 25 December 2012

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Selamat menunaikan kewajipan.

Saturday 17 November 2012

Palestine will FREE !

Assalamualaikum,
tersangat lama rasanya sudah tak update blog,
sibuk dengan semester ini,
study, mid exam, kuiz dan ditambah pula dengan tugasan-tugasan lain, cuti lagi,
sangat menyempitkan masa untuk menulis panjang...

Alhamdulillah, harini diberi kesempatan lagi untuk menulis...

Allahu Allah!
Maha Besar Mu Kau jatuhkan rejim Israel dan biarkan mereka terkubur!
semua sudah sedia maklum dengan isu israel menyerang Gaza, sangat menyedihkan...dugaan besar buat saudara2 seakidah kita di sana, begitu kuat mereka diuji.Sangat dasyat.

Selak hati andai kita tidak tersentuh dan menangis dengan kejadian yang berlaku,
pertamanya, jadikan diri kita ini ambil tahu tentang isu dan apa yang sedangberlaku pada saudara2 kita, 
jangan jadi saudara yang penting diri, penting keluarga dan hidup anda semata-mata.
Allah!
ingat sahabat2, kita seagama, ambil tahu!

Memang kita tidak mampu untuk ke sana dan bersama-sama berjuang, namun lakukanlah hal yang satu ini, berdoa dan mintalah sesungguhnya kepada Allah swt, doakanlah saudara2 kita di sana..
usai solat lima waktu, mintalah pada Allah agar Palestine bebas dari tangan kejam rejim israel. Semoga kita semua sentiasa ambil tahu dan terus mendoakan saudara kita di sana. 

p/s : tanamkan kebencian yang mendalam kepada musuh!
Keep praying, amin!
Amin Ya ALLAH


Wednesday 17 October 2012

Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?

Seorang lelaki KAFIR datang ke MALAYSIA untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui, akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita..

"Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?"
kemudian wanita itu menjawab, "Maaf, saya ISLAM.."

Selepas itu si kafir berkata :
"Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami ( golongan kafir ) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala ( JILBAB ).. Maaf2, saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak nie ISLAM atau Kristian."

Sunday 14 October 2012

Introspeksi Iman 4 ~ Sabar

Assalamualaikum...

Marah Itu Mudah Tapi Sabar Itu Indah ~

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
“Fasobrun jamil((فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar. Sabar merupakan asbab kepada kecintaan Allah kepada hambanya sehingga diberikan syurga sebagai ‘hadiah’ dek kerana kesabaran itu. Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung.

Apa Itu Sabar???
Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah. Dalam tasawuf, sabar diistilahkan sebagai tahan menempuh sesuatu yang sukar.

Ayat-ayat Al-quran dan hadis berkaitan SABAR
1-Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana)mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.(Al-Kahfi, 18:28).

Introspeksi Iman 3 ~ Impian

Assalamualaikum , introspeksi iman yang ketiga pada hari ini, saya nak share berkaitan IMPIAN.
Semua orang ada impian. X kisah la impian dalam perjuangan, impian dlm bersahabat, impian dalam kerjaya dan macam2 lagi impian. Acapkali kita terfikir, adakah boleh kita berimpian tinggi? Takut x dapat pula^^
Fikiran sebegini harus kita buang jauh2...
Kerana berfikiran sebeginilah sebenarnya halangan TERBESAR bagi impian kita
Jadilah daie yang berjiwa besar, yang berimpian tinggi unk ummah
Jom kita hayati kata2 ini:

" Jangan memandang ke bawah (unk mengetahui kekuatan tanah yg dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah tujuan yang jauh di hadapan sahaja yg akan menemui jalan yg sebenar"

Based pd kata2 di atas, jelas terdapat perkara penting yg perlu kita lakukan di situ iaitu MENETAPKAN VISI & MISI kita.
Pernah kita luangkan masa kita sejenak memikirkan apa yg akan berlaku pd diri kita 5 min slps ini, mgkn sejam lps ni apa yg kia akan wat, seminggu lps ni? Bulan depan? 2 tahun akan dtg? 5 thun akan dtg?

Jika belum pernah, luangkan masa kita sekejap unk berimpian.
Listkan apa yg kita mahu lakukan dan rancang bila akan dilaksanakan
Paparkan dalam bilik agar stp hari kita lht impian kita
-What we think, we get back (Law of attraction in Quran)-
Aktifkan minda bawah sedar kita
Tiada yg mustahil dgn keyakinan kita yg kukuh kepada Allah

Sama2 kita berimpian dan usaha agar impian kita tercapai
Syariatullah seiringkan dgn sunnatullah,
InsyaAllah DAPAT^^

Introspeksi Iman 2 ~ Ujian

Bismillahirahmanirahim...
 Salam kasih & cinta buat semua..untuk Introspeksi Iman kt hri ni  ttg "UJIAN"..
 Pasti semua pernah hadapi bagaimana rasanya ujian manis ke?pahit ke?tp kadang-kadang kita fikir hanya diri kt sahaja yang teruji dan diuji..tp diluar sana sebenarnya banyak lg yang lebih hebat ujiannya..cuba  hayati Firman ALLAH ni..

"Dan dialah yang membuatkan manusia tertawa dan menangis - Surah An Najmi- Ayat 43

Itu semua kerja ALLAH,kadang-kadang kita tahu kenapa kita menangis dan ketawa betul x? kadang-kadang ALLAH tak nak bagitahu kita kenapa..tapi itulah hiburan yang ALLAH bagi untuk menghiburkan hati kita..kadang-kadang gelak tawa boleh menghiburkan kita,kadang-kadang tak,dan sebenarnya tangisan pun boleh menghiburkan kita..Hati yang terhibur adalah hati yang mengingati ALLAH s.w.t

Kalau rasa susah, orang lain? ada yang lagi susah?
Kalau sakit, mesti ada yang lagi sakit?
Kalau sedih, mesti ada yang lagi sedih?
Kalau kita rasa itu berat.. Orang lain?
Fikir-fikirkan bersama..

"Sesungguhnya Allah x akan membebani seorang manusia, lebih daripada apa yang manusia itu mampu"

 Moga sahabat2 sentiasa kuat dan tenang apabila diuji & teruji...
~ALLAH UJI SEBAB DIA SAYANG PADA HAMBANYA~

Juz simple..
Moga bermanfaat untuk semua..

Introspeksi Iman 1 ~ Ayuh Berselawat

Salam, sahabat2 ku yang dikasihi dan dirindui kerana Allah, kita berukhuwah juga keranaNya, sudah lama rasanya tak menulis, harap sahabat2 semua sihat dan bahagia

Baiklah, untuk introspeksi iman pada kali ini, wahi nak kongsikan perihal "Selawat"...

 Selawat adalah suatu ucapan yang mudah untuk kita lakukan namun besar ganjarannya...selain daripada menjalankan apa yg diajarkan oleh Rasul Allah saw seperti solat, puasa, kita juga digalakkan untuk berselawat ke atas Rasul mulia, ia juga menunjukkan tanda kasih dan rindu kita kepada Rasul saw..so, jom kita perbanyakkan berselawat ke atas Rasul ! ^_^

"Apabila ringan timbangan kebajikan seorang mukmin maka ketika itu datanglah syafaat daripada Rasulullah saw".
Baginda akan mengeluarkan 'Bithoqoh' iaitu selembar kertas yang kecil selebar jari dan mencampakkan ke dalam piring timbangan di sebelah kanan, ketika itu beratlah timbangan kebajikan kebajikan orang itu.

Friday 28 September 2012

Muhasabah Hamba ~

Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, “Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan?” Gurunya menjawab, “Lupa kepada Allah.” Zun nun menjawab, “Allah memanggilku menghadap-Nya” seraya berkata, “Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku.”
Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padahal umur kian tiada
Namun dosamu makin bertambah

Diceritakan pula seorang lelaki soleh bermimpi berjumpa ayahnya. Kemudian dia bertanya, “Wahai ayah, bagaimana keadaanmu?” Ayahnya mengatakan, “Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan mati pun dalam keadaan lalai.”
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut dating bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Adalah muhal dan batil

“Manusia itu berbicara tiga hal. Namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata “Kami hamba Allah.” Akan tetapi mereka berbuat bebas. Mereka berkata, “Allahlah yang menanggung rezeki kami.” Namun hati mereka hanya akan tenang jika bersama harta, “Kami mesti akan mati.” Padahal mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati. Ini pun bertentangan dengan ucapan mereka. Lihatlah dirimu wahai saudaraku! Dengan badan yang mana engkau menghadap Allah? Dengan lisan apakah engkau akan menjawab-Nya Lalu apa katamu jika Dia bertanya? Siapakah jawapan yang benar atas pertanyaan itu! Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang engkau perbuat. Kemudianlah nasihatilah orang-orang mukmin agar tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan-Nya, serta agar mereka mengesakan-Nya dalam bersendirian dan dalam ramai. ”

Tersebut dalam hadis daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Tertulis di Arasy, ‘Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepada-Ku’. ”
Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap keputusan-Nya. Sabar atas bala-Nya. Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya.

Allah SWT berkata: “Barangsiapa tidak redha terhadap keputusan-Ku, tidak sabar atas bala-Ku tidak bersyukur atas nikmat-Ku serta tidak menerima akan pemberian-Ku, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku.”

~Soalan~

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya.Pada saya,dalam politik semuanya sama.Saya tidak suka terlibat dengan politik.Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara.Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik.POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan.Mengapa kita tidak menyukai politik?.Ini kerana,dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan.Kita perlu PRIHATIN dengan politik.Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku.Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.

Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu.Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.

Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global."

:: Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"

Saturday 11 August 2012

Saling Hormat ~

Simple :

~ Menghormati orang yang diatas tu perkara biasa, tapi menghormati orang di bawah adalah perkara yang luar biasa ~
Semua orang boleh menghormati yang diatas, tapi sedikit orang yang dapat menghormati orang yang dibawah...fikirkan dan renungkan...

Perbanyakan Mengingati Mati ~

~ Kita kena fikir apa halatuju kita selepas belajar, bagaimana dengan alam pekerjaan dan seterusnya ke alam perkahwinan, berfikir dan berusaha ke arah mendapat kehidupan yang lebih baik, dan selain itu, benda utama yang kita kena fikir adalah, apa halatuju kita selepas kita "dipanggil" oleh ALLAH swt nanti, dan usaha dan gerak kerja untuk mendapat kehidupan yang baik "disana" kelak juga perlu bermula dari sekarang, tak boleh tunggu dah tua-tua esok baru nak bertaubat dan berusaha ke arah itu, ingat, ajal maut kan ditangan Tuhan ~ ~SEMOGA~KITA~MENDAPAT~KEBAIKAN​~DIDUNIA~DAN~AKHIRAT~
~ Ramadhan Kian Melabuhkan Tirai ~

~Ikhlas vs Riak ~ Kita Dimana ?

Salam Ramadhan, 
Ramadhan kian berakhir, perbanyakan amalan, jauhi sifat2 mazmumah, jadilah hambaNya yang baik, buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang...

Lama rasanya tak updates blog, kehidupan di sem 3 yang sangat2 busy...banyak kerja banyak tugasan, dan banyak juga cabaran dan dugaan dalam menghadapi hari-hari yang lepas...Allah sudah cakap, Dia tidak akan biarkan kita tanpa diuji, Allah Maha Besar, bantulah kami dan permudahkanlah segala urusan kami, di dunia mahupun di akhirat, Ameen...

Harini nak bercakap sedikit tentang ikhlas dan riak. Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan didalam gelap, walaupun tak nampak , tapi ikhlas itu ada. Bukan senang nak menjadi seorang yang ikhlas dalam melakukan perkara2 yang baik, adapun orang buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.

Apa itu ikhlas ?
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Dan diantara tingkat-tingkat Ikhlas:

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai
kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Semoga kita semua jelas apa itu ikhlas, dan sebagai seorang hamba Allah, ayuhlah kita ikhlas dalam membuat sesuatu perkara itu adalah semata-mata kerana Allah, hidup mati kita adalah kerana Allah.

Semoga kita semua juga dijauhkan dari sifat riak, riak adalah lawan kepada ikhlas. 
Apa itu riak ?

Monday 6 August 2012

ANtara Syukur dan Rezeki ~

ANtara Syukur dan Rezeki

..............................​.............................

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Tuesday 31 July 2012

We Should Care T_T

Suatu pagi, seorang ayah melihat anaknya yang berumur 14 tahun kelihatan sugul termenung di tangga.

Ayah: "Selamat pagi..."

Anak: "Ya, selamat pagi ayah. Sekarang pukul berapa?"

Ayah: "11.30 pagi."

Anak: "Ayah ibu baru bangun, ya?"

Ayah: "Hari minggu kan. Biasalah. Syok tidur lepas Subuh. Hehe."

Anak: "Ibu dah habis tengok drama Korea malam tadi?"

Ayah: "Ayah rasa dia dah habis tengok malam tadi. Pukul 2.30 pagi dia tdo malam tadi. Ayah balik pukul 2 pagi tadi dari kedai kopi makan colek buah dengan member, ibu duk menonton lagi. Ayah terus tidur tak tunggu dia dah. Bangun-bangun dah sahur."

----
Anak: "Oh..."

Ayah: "Duk menung jauh nampak. Fikir awek kat sekolah ek? Hee"

Saudara Kita Di Burma ~

sebarkan...
Berita Terkini dari Burma;

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara


SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!

Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.

Via: https://www.facebook.com/rndustghmati
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=264753776969157&set=a.155611497883386.30333.151226874988515&type=1&theater

Leceh Ke ?

Leceh la Islam ni...itu tak boleh, ini tak boleh..
Haish!Sape cakap?
Allah haramkan arak : allah tak haramkan milo, tea o, sirap, sirap bandung, air buah laici, tembikai, apple,banyak lagi!!yang diharamkan satu je!Yang pi pilih hak satu watpe?
Allah haramkan babi dan anjing dan certain binatang : Allah bagi makan ayam, itik, kambing, lembu, ikan.Yang dihalalkan, lebih banyak dari yang haram.Mengapa masih lagi cari haram?
Allah haramkan judi : Allah bagi cari rezeki dengan macam macam cara.Orang pedalaman yang duduk jauh dari kedai TOTO, 4WD, Kuda berlari, pun Allah jamin rezeki.Yang penting halal.
*Islam bukan agama yang HARAM3x..Tetapi Islam juga bukan agama yang HALAL3x.Kekangan yang ALlah gariskan, semata untuk menguji kita.Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, sebab?DIE YANG CIPTA KITA!!*
~Kita hamba, bukan pencipta, Islam agama mudah, tapi jangan ambil mudah~

Sahabatt ^^

Sahabat - Najwa Latif 

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Saturday 14 July 2012

Merindui Rasullah (T_T)

Mari baca sirah Rasulullah, hayati dan fikir sahabat2 ~

Suatu ketika, Nabi pernah berkumpul bersama-sama para sahabat baginda. Ada Saidina Ali, Saidina Abi Bakr, Ada Saidina Umar & sahabat2 yg lain... Kemudian baginda bertanya kepada para sahabat.

“Wahai sahabat2 ku, tahukah kalian siapakah yang paling mulia di sisi Allah.? ”

Para sahabat terdiam. Lalu seorang sahabat berkata, “Malaikat ya rasulullah.” Baginda menjawab, “Benar malaikat. Mereka mulia kerana mereka sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah. Tapi bukan itu yang aku maksudkan.”

Para sahabat terdiam... Tiba2 seorang lagi sahabat berkata, “Para nabi ya Rasulullah.” baginda menjawab, “Benar, para nabi. Mereka mulia kerana mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini. Tapi bukan itu yang aku maksudkan.”

Para sahabat makin tertanya-tanya. seorang sahabat yang lain bangun dan berkata, “Apakah kami, sahabatmu yang mulia itu Ya rasulullah? ”

Baginda tersenyum... Melihat wajah sahabat satu persatu... tersenyum dan menjawab, “Bagaimana mungkin kalian tidak mulia? Tentulah kalian mulia kerana kalianlah yang paling dekat denganku dan kalian yang membantuku memperjuangkan islam. Tapi sahabatku.. ada yang lebih mulia.”

Para sahabat terdiam..Mereka tak mampu berkata apa2 lg..

Baginda menundukkan wajahnya... baginda lalu menitiskan air mata di hadapan para sahabat. Lantas para sahabat bertanya kepada Rasulullah...

“Mengapa kau menangis wahai Rasulullah??”.

Baginda mengangkat wajah.. Terlihat air mata membasahi hingga ke janggutnya.

Baginda berkata.., “WAHAI SAHABATKU, TAHUKAH KALIAN SIAPA YANG MULIA ITU? MEREKA ADALAH MANUSIA-MANUSIA YANG LAHIR SELEPAS LAMA KEWAFATANKU, MEREKA TAK PERNAH MELIHATKU DAN AKU TAK PERNAH MELIHAT MEREKA. TETAPI MEREKA AMAT MERINDUIKU DAN AKU JUGA AMAT MERINDUI MEREKA……… MEREKALAH UMATKU.”

Friday 13 July 2012

Kekuasaan Allah ~

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH"

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurology. Setelah memeluk Islam beliau amat yakin dengan kaedah perubatan Islam.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf dilakukan, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia ini yang tidak dimasuki darah, pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa akhirnya beliau menemui jawapan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang itu bersolat ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah SWT.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan solat maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.

Subhanallah ~
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran."
[Surah Al-An’aam]

Saturday 7 July 2012

Rumput ~

Salam, semoga semua bertambah iman dan amal dan sentiasa dirahmati ALLAH !

setelah sekian lama, diri agak sibuk dengan permulaan short sem, dapat juga akhirnya meng'update' blog pada malam ini, apa yang saya nak share mudah saja, semoga bermanfaat !


perihal Rumput ! cuba kita lihat rumput dan ambil pengajaran yang kita boleh dapat daripada rumput ! jom kita lihat ...

antara pengajaran yang kita boleh dapat tentang Rumput :
~ keep istiqamah,
~kental
~tidak mudah putus asa,
~tak mudah beralih arah dan
~sentiasa berjemaah

( macam rumput, walaupon nampak lembut, bila dipijak tetap akan kembali ke bentuknya asalnya semula, jarang juga jumpa rumput yang tidak berjemaah(banyak-banyak), kebanyakan rumput akan ada banyak2 so berjemaah adalah lagi baik )

Sungguh ! Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia ~

 sekadar perkongsian ~ ^_^

Tuesday 26 June 2012

Baik 'Luar', Baik 'Dalam' Jugak Ke ??

Assalamualaikum,
lama tak update blog ~

btw,
Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan, ajaklah hati memuji Allah selalu, Allah Maha Hebat Pengasih dan Penyayang ! Tiada Tuhan selain DIA, Alhamdulillah Ya Rabb ^^

status Fb haritu : 
"haritu balik exam, sir tanya, "wahi, pakai tudung xwajib kan? wahi angguk, kawan2 terkejut, pastu sir cakap "memang la, tutup aurat yang wajib " sir...sokmo ada kat tempat kami exam bagi kata-kata semangat, "good luck" !...
papepon tutup aurat wajib dan memang xsemestinya yang tutup luar baik sempurna dalamnya, manusia xde yang perfect, tapi at least orang dah tutup jangan mempertikaikan yang "dalam"nya pulak, kang elok2 orang tu tutup, tiba2 patah semangat langsung xdapat apa...namun, seiring luar & dalam adalah lebih baik kan ?^^
 ~ let's improve ~ "


~ yes, begitulah...

ayat yang sering juga saya dengar...

"elehh, xsemestinya pakai macam tu hatinya baik, ada juga yang keje duk mengutuk orang, bahkan mereka lagi teruk dari yang tak tutup aurat tu"...

Friday 22 June 2012

Kura-Kura & Saranan ~

Diceritakan bahawa ada seorang anak kecil yang memelihara seekor kura-kura.

Dia sentiasa memberi makan dan bermain dengan kura-kuranya itu.

Pada suatu malam di musim sejuk,anak kecil itu datang kepada kura-kura yang sangat disayanginya itu akan tetapi dia mendapati kura-kura itu sedang berada di dalam cengkerang kerasnya kerana ingin mendapatkan suhu panas.

Anak kecil itu bersungguh-sungguh mencuba untuk mengeluarkan kura-kura itu dari cengkerangnya,tetapi ia masih enggan untuk keluar.

Anak kecil itu memukul pula kura kura-kura itu dengan kayu,tetapi masih gagal membuatkan kura-kura itu keluar.

Anak kecil itu menjerit pula menjerkah kuranya untuk keluar,semakin menjadi pula kura-kura itu melawan.

Tiba-tiba Ayah kepada anak kecil itu datang padanya dan melihat anaknya itu dalam keadaan marah dan masam mencuka mukanya.

Si Ayah pun bertanya : Apa halnya dengan kamu wahai anakku?Apa yang berlaku padamu?

Maka anak kecil itu pun menceritakanlah apa yang berlaku, permasalahan antaranya dengan si kura kesayangannya.

Maka tersenyumlah Si Ayah.Si Ayah berkata,biarkanlah kuramu itu dan ikutlah Ayah.

Monday 18 June 2012

Minah Brutal vs Mat Jiwang ^_^

Salam,bacalah kisah yang menyentuh hati ni,moga2 dapat menjadi iktibar dan diamalkn dalam kehidupan seharian,insyallah ~

MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL *suweettt sgt ♥♥

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…
Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulilla​h kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..

Sunday 17 June 2012

Euro Euro Juga Tapi Jangan Lupa.......

Salam dihulur buat pembaca, semoga semua ceria-ceria sentiasa, amboihh !  :P

~ Semua tahu sekarang musim bola, bola malam-malam, lewat malam pulak tu, aishh awat orang lelaki kebanyakannya suka bola ek ? sanggup tunggu, maybe adalah 1 kepuasan, bila dapat tengok bola dijaringkan dan Golll ! tambah-tambah bila pihak yang disokong tu yang menang, memang gembira.

Saya tak suka tengok bola tapi tengok jugak laa, gitu-gitu jela, suka tengok yang 2 group untuk final punya, heheh ! yang mana menang yang tu saya sokong, kui kui ! teringat yang perlawanan Malaysia haritu, yang Negeri Sembilan lawan Kelantan (kot) tak ingat, tapi sempat tengok bersama-sama kawan, dia orang Kelantan semangat ngajak saya tengok bola kat cafe kolej, saya pon pergila, emm duduk then tengok, best jugak la, tengok bola ni macam-macam perasaan ada, suspens, gembira, sedih, tertunggu-tunggu, adoiii macam-macam perasaan ada...


Air Botol Dalam Kereta Penyebab Penyakit !!

Kadang-kadang kita ambil ringan pasal benda nie, tapi tanpa kita sedari ia sangat berbahaya kepada kita terutamanya kepada para wanita.

Korang pernah minum air botol yang lama tertinggal didalam kereta?? mesti pernah kan, kadang-kadang kita tidak tahu air botol yang lama terperap lebih-lebih lagi didalam kereta rupa-rupanya sangat berbahaya untuk wanita,berikut adalah bukti dengan pengakuan penghidap kanser payudara.


“Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara

Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah

diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,

terutama di Australia …”


“Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama

berada di dalam Kereta.”

Saturday 16 June 2012

Macam ninja ? Mereka orang "kuat" !!

status FB harini 17/06/2012, Sabtu ~

~ "sweet"nya orang yang berpurdah, golongan seperti ini nampak "kuat" di mata saya ...tapi tak pakai purdah namun masih menutup aurat pon tetap "sweet" juga, manakan tidak, yang tertutup itu kan lebih cantik dan lebih baik, semoga kita terus istiqamah ya muslimah semua ! ^_^ ~

p/s : teringin juga nak pakai purdah, tapi tak punya "kekuatan" itu ~

Pandangan :

~ Hadoiii, tetiba teringat ada sorang budak laki ni cakap orang yang pakai purdah / niqob macam ninja.

Berjalan Tanpa Henti ~

Salam semua,

nak pantun jap ^_^

Kecil-kecil si ikan bilis,
Jangan makan nasi basi,
Idea datang saya menulis,
Semoga bermanfaat untuk dikongsi ~

Friday 15 June 2012

Pesan Tok Guru ~

"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan" ~

"Beribadahlah seperti kita akan mati esok" ~

~ TGNA ~

~ sungguh mendalam kata-kata ini...

Kerinduan ~~~ Sabar ~~~

Salam kasih,
Salam cinta,
Jangan ada yang bersedih,
Jangan ada yang berduka,
Ku berkata tentang rindu,
Rindu pada ayah juga pada ibu ~~~

Rindu,
Merindui siapa diriku pada saat ini? 
Merindui dia dan dia, 
Dia sang ayah, 
Dia sang ibu ~

Rindu,
Kukira sudah lama tidak menatap redup wajah mereka, 
Lama tidak mengintai penat di raut mereka, 
Gembira mereka yang sentiasa terukir, 
Kesedihan mereka yang tak pernah menonjol,
Senyum mereka yang tidak pernah menyorok ~

Wednesday 13 June 2012

Menggapai Sejuta Pelangi ~

 ~usai program "menggapai Sejuta Pelangi" bersama Oki Setiana Dewi pada 10/06/12 di Masjid UKM. tahniah pada semua yang hadir majlis ilmu ^_^  

"Elakkan cinta "bermusim" kepada Allah SWT"
~ Ustaz Azan Safar ~

"Menjadi orang luar biasa perlu lakukan sesuatu yang luar biasa"
"Bertatih-tatihlah ke arah Allah, Allah akan lari menuju ke arah kita"
"Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT"
~ Cik Oki Setiana Dewi ~

sedikit perkongsian gambar sekitar program ^_^

Ke"cuak"kan Melampau, Mesti Ada Hikmahnya ~

Salam ,

~mengimbau kembali masa ambil exam Mikroekonomi pada pukul 12.00 tengahari pada 13/06/2012, selama 3 jam,siang tadi...

~entah kenapa, ni la first time rasa sangat takut SANGAT , berdebar SANGAT untuk jawap exam, kenapa pon taktahu, mungkin sebab dah "mindset" kata ni subjek killer, so debar semacam, kalah debar time ambil exam SPM time Tingkatan 5 dulu. 

Masuk dewan exam, ok aku lupa baca doa, "wa haik la na min amrina rasyada", hanya sempat Bismillah... masuk dalam dewan then cari tempat duduk, 357, agak depan...bila dah duduk, tiba-tiba badan gigil bila pengawas kata boleh mula jawap exam, sebelum mula, baca doa agar dipermudahkan urusan semua. Selepas baca doa masih tak mula selak soalan lagi, isi borang kehadiran, borang OMR, ohhhhh kenapa la, hitamkan borang OMR sambil tangan menggigil, serius, bila mana perasan berdebar tu tinggi nak jawap exam pon jadi blank. Soalan dibuka, soalan objektif, mula-mula blank sangat, tak ingat apa yang dah study selama ni,  ya, aku dah berusaha, study apa yang patut , tapi kenapa susah je nak ingat. Layan perasaan sebentar,

Saturday 9 June 2012

Bangkit !!

Lirik Lagu: Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Friday 8 June 2012

Melamar ? Terbaikkk ^_^

CARA2 NAK MELAMAR WANITA :)
 jom ikut tip Ustaz Kesayangan Ambe , USTAZ AZHAR IDRUS :D

gi kata kat dia,
"assalamualaikum saudari,
saya tengok saudari tiga hari dah...
saya minat nak buat isteri
kalu tak dok berpunya lagi..
saya akan bawa rombongan meminang,
kalu saudari setuju.
assalamualaikum"





p/s : terbaik punya tip ni ^_^

Syukuri NikmatNya , Alhamdulillah ^_^

Bismillahirrahmanirahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
salam juang untuk sahabat-sahabat sekalian, moga senyum wajahmu masih dapat terukir, biarpun banyak onak duri dan cabaran dugaan kehidupan, ia nya tak lain tak bukan adalah untuk menjadikan kita agar terus kuat dan sentiasa mengingati Tuhan pencipta alam semesta, Allah Ar-Rahman... there's no God but Him !


Apa itu Syukur ?
- Syukur dapat didefinisikan sebagai :
: ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau pujian. 
: ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan  kurnia yang diberikan-Nya.
 Allah, semoga kami termasuk dalam golongan yang bersyukur.

Alhamdulillah, banyak nikmat yang Alllah Swt telah berikan kepada bermula daripada kita mula-mula kita dilahirkan sehinggalah kini, tak pernah putus, nikmat Iman dan nikmat Islam, nikmat kesihatan, nikmat hidup berayah, beribu, berkeluarga, dan segala macam nikmat, besar sekali rahmat Allah buat hambaNya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang Pemurah. Kita sebagai manusia yang menerima perlulah bersyukur diatas segala nikmat yang telah Allah berikan. Ramai yang menyangka syukur itu hanyalah sekadar ucapan "Alhamdulillah", menggunakan nikmat seperti harta ke jalan yang salah adalah menandakan kita bukanlah dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. Menggunakan harta ke jalan maksiat adalah tanda seseorang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, semoga kita semua tidak termasuk dalam kalangan golongan seperti ini. Ada yang bersikap dengki-mendengki diatas kesenangan yang orang lain miliki. Kesenangan yang dimiliki pula dilupakan.


Kebanyakan manusia jarang sekali mengucap kata Syukur. Apabila datangnya suatu kesenangan dalam hidup mereka, apabila mendapat sesuatu khabar gembira kebanyakan kita lupa diri untuk bersyukur pada Allah . Usahlah manjadi manusia yang sombong !

Bagaimana cara bersyukur sebenarnya ?

Saturday 26 May 2012

Semester 2 Tahun 1 , Sayonara ~~~

Assalamualaikum, 


jangan monyok2 mikir assignment and final ^_^
wahh lama tak update blog, al maklum, dekat-dekat dah nak habis sem2 ni banyak la kena buat assignment itu assignment ini (nampak sangat buat kerja last minute, hoho), presentation lagi, tapi Alhamdulillah, ada yang dah selesai dan ada lagi yang perlu dibuat untuk minggu depan...chaiyok2 !!

Haiii, cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik pejam lagi celik lagi dah nak hampir minggu last untuk sem2 ni, pantasnya masa, macam2 kenangan dan pengalaman, dengan studynya, projeknya, program kolej lagi, busy busy dan busy !, tak lupa juga cabaran dan dugaan, macam2 ada untuk sem2 time study di UKM ni, cabaran paling kuat bila rindu kat mak abah & family, paling sedih bila tak dapat balik tapi time tu tengah rindu sangat kat keluarga, huhuhu, sedih sedih sedih...



Lepas ni nak berjuang untuk final plak, moga kita semua dipermudahkan urusan, sama-samalah kita manfaatkan masa study week nanti yep ! Lagi satu, study study jugak tapi jangan lupa jaga kesihatan ya, makan ikut waktu, kalau rajin pergi bersenam @ bersukan (saya tak rajin, hoho), at least jaga makan, tu yang penting. Selain jaga semua2 tu, paling penting kena jaga hubungan kita dengan Allah, mak ayah, keluarga dan kawan2, pensyarah2, dengan semua oranglah, kalau boleh mintak maaf sokmo, mintak doa, mintak berkat, insyaAllah Allah akan bantu kita nanti...

Habis final dengan cuti sem2 lebih kurang dalam 4 hari lepas tu kena ready untuk sem3 punya study plak, semoga kita semua dapat hadapi dengan tenang. InsyaAllah ! jangan jeles tengok fakulti lain cuti lama
~ huhu

Sunday 13 May 2012

Usrah Dapat Cinta ^_^

Assalamualaikum dan salam ukhuwah fillah, semoga semua masih dalam iman yang mantopp dan berusaha memperbaiki diri masing2 menjadi hamba Allah yang sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar, insyaAllah !



Hari ni nak kongsi cerita mengenai USRAH. Sebelum tu, mesti ramai yang tertanya-tanya "Apa itu usrah" ?
jom baca :

     Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة  yang bermaksud keluarga). Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

   Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."

    Kebanyakan orang ingat usrah ni muslimat/min bertemu dan buat bulatan duduk dan menegur kesilapan masing-masing, bagi ceramah dan selalunya orang ingat usrah ni orang2 bertudung labuh ataupun orang yang berasal dari aliran agama sahaja yang terlibat. Salah tu, usrah ni sesiapa pun boleh join.

Saturday 12 May 2012

Perihal Menguap~


(( Al-Kisah Menguap….Jangan ambil mudah ))

Sekadar setitis ilmu PENTING NI….!!!!!!

Menguap….. semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ……ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu…

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai….huargh…..huh…..haaah​ dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Monday 7 May 2012

Information Sharing ^_^


Assalamualaikum to all of you...

Today I would like to share something  about "Healthy Food". I've read the article entitled "Healthy Food Are Actually Cheaper than Popular Manufactured Food" written by Mike Adams  from  "http://www.naturalnews.com/009303.html".

I strongly agree to this article  because most of us know the fact that manufactured food such as KFC and McDonald is more expensive comparing to the 1 bottle of vitamins.  This is true right?
Nowadays, people  think that they  couldn’t afford  to have healthy foods but they  can buy the touch screen mobile phone.   Most of them also prefer to buy instant food to save their money without concerning about the affect of that non-healthy food.



In addition, people  do not care about what the nutrition that is needed for their body. Sometimes the way of life is also different and it influences us to buy food according to our  lifestyle.   I also found that majority of the people who love to buy manufactured food as their meal are students or workers. This is because manufactured food is easier to eat so they can save their time to do something else like works, assignments and others.

Furthermore, people also like to buy  food which has been advertised on the television or newspaper.
People should  take a look at the ingredients label before buy something. Please avoid food which have food additive such as MSG (Monosodium Gultamate) because it is dangerous to us like can cause cancer and so on.

How to get healthy body? There  are some tips that I want to share to all of you.  

Saturday 5 May 2012

UKHUWAH~~~


Ukhuwah lebih mudah digambarkan dengan suasana bergelak tawa bersama rakan rakan, makan dan menghabiskan masa bahagia.

Jarang sekali ukhwah dipotretkan dengan suasana kesukaran dan kepayahan yang dikongsi, beban yang dibahagi sama rata.

Mungkin itu puncanya, kita yang mudah mengaku ukhuwah kita sudah erat terikat, di waktu lain kita berburuk sangka, bertikam lidah atau mungkin susah untuk mengutamakan keperluan mereka.

Kerana itu, ukhuwah tidak diukur dengan berapa banyak kita ketawa bersama. Tapi sejauh mana itsar tanpa rasa derita.

p/s : Itsar ---> mengutamakan sahabat drp diri kita sendiri.

sedar atau tidak dah tak lama dah nak habis sem 2, dan masa semakin singkat untuk bersama-sama sahabat set5 dan En. Azzwan, semoga ukhuwah antara kita terus berkekalan seperti air yang mengalir ^_^

Thursday 3 May 2012

Renungan Peringatan.......

Kadang-kadang manusia perlu diingatkan, walaupun kita sendiri memang tidak sempurna mana, tetapi mengingatkan yang lain kepada Allah swt juga akan mambantu kita mengumpul saham-saham untuk bekalan di akhirat kelak, jemput baca ye semua ^_^




TOLONG LUANGKAN MASA ANDA SEKETIKA !

Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak

Komen Video Korporat~


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...


alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan rahmatNya kita masih dapat berada di muka bumi ciptaanNya dan melakar sisa-sisa baki kehidupan dengan sebaik mungkin, semoga kita berada di bawah lembayung rahmatNya selalu. InsyaAllah !

Pada Selasa minggu lepas, saya dan sahabat-sahabat kelas Aplikasi Komputer  telah melihat dua tayangan video korporat. Linknya dapat dilihat seperti di bawah.

1) http://www.youtube.com/watch?gl=US&v=ONr0whCW_gM

2) http://www.ukm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=159&Itemid=364&lang=bm

        Pada pandangan saya, kita semua sangat beruntung kerana telah menjadi insan terpilih untuk menjadi salah seorang mahasiswa di Universiti kebangsaan Malaysia ini. Sungguh, UKM adalah sebuah universiti yang sangat terkenal dengan keintelektualan penuntunya serta keberkesanaan pihak pentadbir dalamnya sehingga berjaya menjadi tempat ke-5 dalam “ranking” universiti terbaik di dalam Malaysia. UKM juga bukan sahaja menjadi pilihan pelajar-pelajar dalam Negara untuk menalnjutkan pelajaran malahan juga ia telah menarik minat pelajar dari Negara luar untuk belajar di sini.

       Di sini, kita dapat lihat pelbagai kemudahan dan prasarana yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran untuk kesenangan pihak pentadbiran dan para mahasiswa mahasiswi khususnya. Di antara kemudahan yang telah disediakan disini adalah seperti Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), kiosk-kiosk, kafe-kafe, kolej kediaman,makmal komputer , bas dan sebagainya. Di sini, mahasiswa mahasiswi di sini patut bersyukur kerana segala kemudahan ini disediakan untuk mereka agar mereka lebih selesa untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan agar menjadi insan yang berjya dan berguna pada negara kelak.


     Akhir kalam, semoga kita semua sentiasa bersungguh-sungguh menuntuut ilmu di sini sama ada dalam bidang akademik, kokorikulum dan sebagainya.Pernah saya terbaca akan kata-kata hikmah iaitu, “Jika kita ingin melihat sesebuah negara itu berjaya, lihatlah akan pemuda pemudinya kini”.  Ini adalah kita merupakan asset kepada negara kita sendiri dan merupakan harapan keluarga, masyarakat dan agama khususnya. Semoga kita sentiasa menjadi kebangsaan semua pihak.

InsyaAllah !


~ I LOVE UKM ~


Sekian… ^_^




 


Monday 23 April 2012

Saudaraku, Syria ~~~

buka mataku,buka hatiku....
Allahurabbi T_T

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik,

Bicara Ilmu ^^



sedikit perkongsian Bicara Ilmu "Mencari Damai Abadi" ^_^
Perkongsian 'Bicara Ilmu' bertajuk "Mencari Damai Abadi" yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazim Haznan :

~) Hidup kita terbina dari himpunan-himpunan saat, dan biarlah kehidupan kita berlalu dengan saat-saat yang diisi dengan perkara mulia.

~) Manusia mencari kedamaian, ketenangan didalam dua perkara, iaitu AGAMA dan FALSAFAH.

~) Kita memahami dan mengenali seseorang melalui perbuatannya, begitu juga dalam mengenal ALLAH, perlu mengenal perbuatan-perbuatan-NYA.

~) Manusia sentiasa mempunyai pelbagai persepsi/angan-angan yang pelbagai dalam sesuatu perkara, namun perkrara sebenar yang terjadi atau yang berlaku adalah HAKIKAT dan REALITI.

~) Untuk mengenal erti / makna kehidupan yang hakiki dan sebenar perlu melalui 3 proses, iaitu :
1) Mengenali diri sendiri
2) Mengenali Rasulullah SAW
3) Mengenali ALLAH SWT

~) Rasulullah SAW merupaan perantaraan kita dalam mengenal Al-Khaliq, dan mengenali Rasulullah SAW adalah asas kesempurnaan dalam mengenal Pencipta kita.

~) Kita selalu bercakap mengenai pergerakan hierarki, namun belum tentu soal rohani dalam diri kita turut bergerak.

~) Orang yang kenal ALLAH, ialah orang yang apabila melihat alam, atau apa sahaja didalam dunia, dia akan memikirkan siapakah Pencipta sesuatu tersebut.

~) Untuk kenal ALLAH, bukan sahaja perlu belajar sifat 20, usuluddin, tetapi perlu memahami melalui rohani dalam diri.

Wallahu'alam.

rehat-rehat jap !!! ^_^

Isteri : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Suami : sy taw T_T I love you .
Isteri : I love you too .

(Bile sedar dari pembedahan , si Isteri tengok Suami dah tak ade. Tp ayah die je yg ade)

Isteri : mane suami sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? T_T
Isteri : apaaaaa ? ( Terus menangis )
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas :P

HIHIHI ^_^

Friday 20 April 2012

PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan~

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHUWAH ^_^



Sahabat-sahabat tahu tak tentang isu PTPTN sekarang ni??? kalau tahu, apa pula pendapat kalian semua??? boleh lah share kat sini ^_^ 


Hari ni saya nak post tentang isu Ptptn,
sekarang ni isu Ptptn lah menjadi sebuah perbincangan yang hangat dalam negara kita,buka Fb,berita tv,surat khabar mesti ada cerita tentang Ptptn.
Ada yang minta untuk memansuhkan kadar bunga pinjaman ptptn dan ada pula yang mencadangkan agar pinjaman ptptn ini dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa pengajian secara percuma.

Ptptn ni bagus asalnya, sebab ia merupakan salah satu bentuk bantuan yang diberikan untuk para pelajar. Siapa yang rasa perlu untuk pinjam duit untuk sambung pengajian dia boleh berbuat sedemikian. Tapi, ingat, Ptptn salah 1 perjanjian, dah pinjam mesti bayar balik. Namun hakikatnya di sini, ramai yang berat apabila diminta untuk membayar semula wang pinjaman tersebut. 



Tapi, sedar atau tidak, sistem Ptptn yang mengenakan kadar 3% @ 1% kini ini rupa-rupanya adalah salah disisi syarak melainkan ada lebihan pembayaran yang perlu dibayar oleh peminjam untuk diguna untuk belanja mengurus namun nilainya perlulah setepat-tepatnya dengan kos mengurus yang digunakan.
Pada saya,isu ini sangat berat dan mesti diteliti dalam sedalam-dalamnya oleh pihak-pihak yang berkaitan. Sesuatu keputusan mestilah berdasarkan relevannya sesuatu perkara itu dibuat. Memang pinjaman Ptptn ini mempunyai banyak kebaikan,namun tak lupa juga keburukannya yang jelas dari sisi syarak. 

Akhir kata, sebaiknya sistem pinjaman Ptptn ini dapat dibaik pulih, misalnya dengan memansuhkan semua kadar bunga yang telah ditetapkan. Sekian.


P/s : Di sini saya ingin kongsikan kata-kata/penjelasan daripada ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai PTPTN, Status Shariah dan Kos Perkhidmatannya. Semoga kita semua mendapat penjelasan ^_^ Selamat Membaca !!!





PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.

Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.


Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.

Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.

Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.

Yang Sudah Berlalu & Alternatif

Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.


Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.

Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.

Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.

Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.

Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......


Sekian


UZAR

http://www.zaharuddin.net/

4 Julai 2007