Assalamualaikum dan salam ukhuwah fillah, semoga semua masih dalam iman yang mantopp dan berusaha memperbaiki diri masing2 menjadi hamba Allah yang sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar, insyaAllah !
Hari ni nak kongsi cerita mengenai USRAH. Sebelum tu, mesti ramai yang tertanya-tanya "Apa itu usrah" ?
jom baca :
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة yang bermaksud keluarga). Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."
Kebanyakan orang ingat usrah ni muslimat/min bertemu dan buat bulatan duduk dan menegur kesilapan masing-masing, bagi ceramah dan selalunya orang ingat usrah ni orang2 bertudung labuh ataupun orang yang berasal dari aliran agama sahaja yang terlibat. Salah tu, usrah ni sesiapa pun boleh join.
Kalau kita dapat lihat maksud usrah seperti di atas maksudnya adalah keluarga. Percaya atau tidak, sejak menyertai usrah ni saya sangat gembira, selain dapat sahabat2, saya juga dapat rasa sendiri kemanisan berukhuwah dalam berusrah itu sendiri, dalam usrah ini, kita dapat mengenali sahabat2 kita dengan lebih rapat dan lebih dekat. Tambahan pula, dalam berusrah, memang saya dapat rasa mereka2 ini seperti ahli keluarga saya sendiri. Subhanallah ! Saya sangat sayangkan adik beradik usrah saya !! ^_^
gembira timeeeeeee ^_^
Apa aktiviti orang2 yang berusrah ni?? Kebiasaannya orang yang berusrah ni akan duduk berdiskusi tentang sesuatu perkara, namun bukan itu sahaja, usrah juga boleh dilakukan pada bila2 masa dan apa jua aktiviti yang bermanfaat. Macam usrah saya pada semester yang lepas, saya dan adik beradik usrah saya pergi ke Hutan Simpan di UKM, jalan2 mengelilingi kawasan sekitar UKM sambil berjogging . Sangat best ! Dapat cuci mata melihat alam ciptaan Tuhan disamping merapatkan hubungan denagn adik beradik usrah.
Akhir kata, usrah ni bagus sebab kita akan dapat sesuatu input yang berguna daripada ahli2 usrah yang lain, selain dapat ilmu, dengan usrah kita dapat membincangkan masalah yang kita hadapi dan sama2 memikirkan jalan penyelesaiannya. Paling best dalam berusrah kita dapat rasa KASIH SAYANG, CINTA, RINDU,BAHAGIA dan macam2 lagilah. Best sangat hidup dalam usrah !!
SEKIAN...
p/s : Last perjumpaan usrah saya bersama2 adik beradik usrah di surau FEP adalah pada Jumaat yang lepas, Alhamdulillah syukur sangat dapat hadir usrah tu, banyak input yang saya dapat dan paling gembira dapat adik beradik usrah yang baru. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ! Semoga dapat bersama2 lagi , insyaAllah ! ^_^ sangat cintakan kalian ! T_T
berdiri dari kiri : Kak Yana, Saya, Hidayu, Zu, Syafinaz, Kak Iman
duduk dari kiri : Aqilah, Izni, Ashikin
Usrah ada cinta, usrah ada kasih, usrah ada sayang, usrah ada rindu, usrah ada sakinah ~
Semoga ukhuwah berkekalan sampai syurga, InsyaAllah ! ^_^
wahhhh..nk juge g hutan simpan..ta ajak pon..huhu..ukhwah itu indah bilamana meletkkan Allah sebagai y utama..kan wahi kan...ssayang anda3 semua..
ReplyDeleteHEHE, betul izni bila berukhuwah kerana Allah segalanya pasti indah, saya pon sayang kalian semua, Usrah With LOVE ^_^
Delete