Salam ,
~mengimbau kembali masa ambil exam Mikroekonomi pada pukul 12.00 tengahari pada 13/06/2012, selama 3 jam,siang tadi...
~entah kenapa, ni la first time rasa sangat takut SANGAT , berdebar SANGAT untuk jawap exam, kenapa pon taktahu, mungkin sebab dah "mindset" kata ni subjek killer, so debar semacam, kalah debar time ambil exam SPM time Tingkatan 5 dulu.
Masuk dewan exam, ok aku lupa baca doa, "wa haik la na min amrina rasyada", hanya sempat Bismillah... masuk dalam dewan then cari tempat duduk, 357, agak depan...bila dah duduk, tiba-tiba badan gigil bila pengawas kata boleh mula jawap exam, sebelum mula, baca doa agar dipermudahkan urusan semua. Selepas baca doa masih tak mula selak soalan lagi, isi borang kehadiran, borang OMR, ohhhhh kenapa la, hitamkan borang OMR sambil tangan menggigil, serius, bila mana perasan berdebar tu tinggi nak jawap exam pon jadi blank. Soalan dibuka, soalan objektif, mula-mula blank sangat, tak ingat apa yang dah study selama ni, ya, aku dah berusaha, study apa yang patut
, tapi kenapa susah je nak ingat. Layan perasaan sebentar,
kemudian tarik nafas, tenang sedikit, mencuba jawap soalan, satu-satu dijawap, ada yang yakin ada yang tidak, boleh tahan juga susahnya, bukan susah, mungkin aku kurang faham. Selepas 15 minit jawap, perasaan berdebar masih ada, berdoa lagi, Ya Allah permudahkanlah, berikanlah aku ketenangan, Amin...
Alhamdulillah, Allah sentiasa membantu hambaNya yang lemah, selepas 45 minit menjawap perasaan kembali tenang, usai soalan objektif, selak pula soalan subjektif, 6 semuanya, pilih jawap 5 soalan, Allah, Maha Baik Allah, hilang segala "blurr" dan "blank" yang datang tadi, baca soalan then jawap satu persatu, ada juga yang ingat-ingat lupa, tangguh dahulu. Masa berlalu, soalan terus dijawap, calculation juga banyak. Jawap kemudian jawap sehingga habis, Alhamdulillah, boleh juga, dengan berkat Allah...Sangat sejuk juga dalam dewan dewan kadang-kadang turut mengganggu konsentrasi aku.
Tapi Alhamdulillah, Maha Baik Allah, akhirnya aku diberi ketenangan dan ketenangan dan seterusnya dapat menyambung menjawap soalan yang ditanyakan tadi. Moga Allah redha dengan usahaku, sekarang perlu usaha berdoa dan tawakal untuk subjek ini. Semoga Allah beri yang terbaik untuk aku ~~~
Kenapa aku cerita pengalaman ni ??
Terfikir , macamana boleh jadi berdebar gigil sampai macam tu untuk jawap exam Mikroekonomi ni ?? Allah ! adakah aku terlalu berharap untuk mendapat A atau lulus untuk subjek ni ?? tidak, sepatutnya, kita memohon agar diberikan result yang terbaik kepada kita. Kalau dapat A tapi kita bongkak bukanlah sesuatu yang baik buat kita, kalau mendapat yang lebih rendah adalah yang terbaik, aku redha. Tetapi ingat, "man jadda wa jadda" siapa yang berusaha dia berjaya, usaha lebih dapat lebih, InsyaAllah...
Terfikir, kenapa blurr dan blank mula-mula tadi ?? Allah ! mungkin kadang-kadang diri ini lupa pada yang Maha Kuasa, time senang lupa Allah, dah susah baru cari Allah, mungkin Allah mahu aku sentiasa mengingatiNya dan memohon padaNya segala pertolongan, Allah time exam juga Allah ingat kat aku agar aku terus mengingatiNya, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosaku selama ini... memang aku insan lemah tak pernah putus membuat dosa yang kadang-kadang aku sendiri tidak sedar, semoga Allah mengampuni...
Hikmah Yang Aku Perlu Fikir & Ingat ...
Fikir kembali, awat la aku sampai "cuak" macam tu ?? takut sangat nak jawap exam, aduh la diri, kalau jawap exam punya la bersungguh-sungguh, siapkan perisai, siapakn bekalan, study banyak, siapkan persediaan rapi untuk "bertempur" di medan perjuangan dewan exam, nak dapat result baik punya, lawan result mid sem, ohhh, bagaimana pula nak jawap soalan alam kubur nanti, di padang mashyar ?? tak fikir pula ketakutan saat-saat itu, persediaannya bagaimanakah ? cukupkah ? adakah sekental persediaan menghadapi peperiksaan "dunia" ?? ataukah perlu lebih hebat lagi ?
rumah kita disana bagaimanakah ?
tanya pada diri !
hari makin hari, makin lama makin dekat, Allahu Rabbi, Allah, kami tak layak untuk syurgaMu, namun tak sanggup kami ke nerakaMu ~ Jadikanlah kami hamba yang sentiasa ingat akanMu dan berikanlah kami tergolong dalam kalangan yang Engkau redhai ~
Ayuh fikirkan sejenak apa yang "aku" cuba sampaikan, semoga kita semua diredhaiNya ~
Amin...
salam ziarah..satu perkongsian yang pada ana cukup berguna..syukran atas peringatan-peringatan yang diselitkan...teruskan berdakwah melalui penulisan..
ReplyDeletewsalam, insyaAllah, semoga bermanafaat buat akhi...
Deletebtol tu... kita mengimpikan yg terbaik kekadang terlupa yang menjadikan kite terbaik...
ReplyDeletesungguh amalina, apa2 pon semoga kita diberikan yang terbaik dan sentiasa berusaha buat yang terbaik ! ^_^
Delete