Friday, 22 June 2012

Kura-Kura & Saranan ~

Diceritakan bahawa ada seorang anak kecil yang memelihara seekor kura-kura.

Dia sentiasa memberi makan dan bermain dengan kura-kuranya itu.

Pada suatu malam di musim sejuk,anak kecil itu datang kepada kura-kura yang sangat disayanginya itu akan tetapi dia mendapati kura-kura itu sedang berada di dalam cengkerang kerasnya kerana ingin mendapatkan suhu panas.

Anak kecil itu bersungguh-sungguh mencuba untuk mengeluarkan kura-kura itu dari cengkerangnya,tetapi ia masih enggan untuk keluar.

Anak kecil itu memukul pula kura kura-kura itu dengan kayu,tetapi masih gagal membuatkan kura-kura itu keluar.

Anak kecil itu menjerit pula menjerkah kuranya untuk keluar,semakin menjadi pula kura-kura itu melawan.

Tiba-tiba Ayah kepada anak kecil itu datang padanya dan melihat anaknya itu dalam keadaan marah dan masam mencuka mukanya.

Si Ayah pun bertanya : Apa halnya dengan kamu wahai anakku?Apa yang berlaku padamu?

Maka anak kecil itu pun menceritakanlah apa yang berlaku, permasalahan antaranya dengan si kura kesayangannya.

Maka tersenyumlah Si Ayah.Si Ayah berkata,biarkanlah kuramu itu dan ikutlah Ayah.


Lalu,Si Ayah menghidupkan pemanas haba (heater barangkali) dan duduklah mereka berdua bersebelahan pemanas haba itu bersembang dua anak beranak.

Tiba-tiba kura-kura itu mula bergerak sedikit demi sedikit menghampiri mereka,bergerak kerana ingin turut mendapat kepanasan dari alat pemanas tadi.

Si Ayah pun senyum kepada anaknya dan berkata :

"Wahai anakku,manusia itu seperti kura-kura. Jika engkau mahu mereka menerima saranan/pandanganmu,maka litup/panaskanlah(selesakanlah)mereka dengan kasih sayang dan kelembutanmu.

Bukannya dengan engkau memaksa mereka membuat apa yang engkau inginkan dengan menggunakan Tongkatmu (Dengan kuasa,paksaan,dan ugutan terhadap mereka)"

No comments:

Post a Comment