Assalamualaikum...
Program ni memang sangat2 best (sangat2 !!). Syukur Alhamdulillah lagi sekali sebab dapat pergi. Macam-macam pengalaman yang wahi dapat sepanjang program berlangsung. Mana taknya, dapat sahabat baru yang baik-baik (rindu kat diorang,huhu) rindu sangat dekat sahabat Arifah, Miza, Mira D'Ju dan lain-lain ^^, then dapat pergi melawat masjid kat sana, kami sempat pergi sebanyak 7 masjid kat sana, antaranya Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Jame' Asr Hassanal Bolkiah. Satu benda yang wahi highlightkan kat sini, suasana masjid kat sana memang lain dari masjid kita. Antara yang wahi dapat kongsikan adalah kat sana masjid lah menjadi tempat mengajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, ada tempat kelas mengaji Muqaddam, memang sangat-sangat terbaik. Berbeza dengan masjid kita, sungguhpun masjid kita besar dan cantik, namun kebanyakan masjid kita menjadi tempat lawatan dan pelancongan semata-mata (sedihh !).
lamanya tak update blog ni, dah bersawang mawang dah, huhu"
harap semua sahabat2 sihat saja, Aminn.
tetiba harini wahi rasa nak menulis. jemput baca yerrr ^^
harap semua sahabat2 sihat saja, Aminn.
tetiba harini wahi rasa nak menulis. jemput baca yerrr ^^
wahi nak cerita masa 21-26 Feb (terpaksa cuti kelas,huhu) lepas, wahi dah selamat pergi dan balik dari Brunei Darussalam. Alhamdulillah telah terpilih untuk bersama-sama sahabat lain untuk ke program kolej iaitu "Kembara Mahabbah ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa UBD (PMUBD) .
Sesampai je kat sana, kami pergi ke Universiti Brunei Darussalam, tu la tempat
first yang kami pergi. Mula-mula sampai kami disambut dengan paluan
kompang (cam kat kenduri orang kahwin tu ^^). Memang rasa sangat
dialu-alukan oleh pihak sana, memang terbaikkk wahi cakap ! hehe. dah
sampai kat masjid UBD tu terus solat then lepas tu pergi ke acara
pembukaan. Antara yang wahi suka time ni bila tengok dia punya YDP
memang sangat merendah diri sebab dia tak kisah pon buat hal-hal
teknikal padahal dia adalah YDP, memang salute ! Then, dimulakan dengan
bacaan Al-Quran dan bacaan doa agar diberi keberkatan dalam majlis ni,
Alhamdulillah. pastu kami sempat ditayangkan dengan video pimpinan
PMUBD, hehe, memang sangat cool lah video tu, xdelah skema memma sangat,
suka !
Program ni memang sangat2 best (sangat2 !!). Syukur Alhamdulillah lagi sekali sebab dapat pergi. Macam-macam pengalaman yang wahi dapat sepanjang program berlangsung. Mana taknya, dapat sahabat baru yang baik-baik (rindu kat diorang,huhu) rindu sangat dekat sahabat Arifah, Miza, Mira D'Ju dan lain-lain ^^, then dapat pergi melawat masjid kat sana, kami sempat pergi sebanyak 7 masjid kat sana, antaranya Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Jame' Asr Hassanal Bolkiah. Satu benda yang wahi highlightkan kat sini, suasana masjid kat sana memang lain dari masjid kita. Antara yang wahi dapat kongsikan adalah kat sana masjid lah menjadi tempat mengajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, ada tempat kelas mengaji Muqaddam, memang sangat-sangat terbaik. Berbeza dengan masjid kita, sungguhpun masjid kita besar dan cantik, namun kebanyakan masjid kita menjadi tempat lawatan dan pelancongan semata-mata (sedihh !).
Selain daripada pergi masjid kat sana, kami juga dibawa ke Pasar Gadong.
Pasar ni memang famous kat Brunei. Kat sana wahi tengok banyak jugak
makanan yang sama dengan Malaysia , namun ada jugak yang berbeza
antaranya Nasi Pasai. Hah, cakap pasal makanan, wahi teringat Nasi Katok
(rindu nasi katok!). Sedap sangat nasi tu, harganya pun murah je ,
dalam $1 macam tu, bestt !
Antara lain yang wahi bangga dengan negara Brunei ni wahi tengok negara
ni memang begitu islamik. Segala papan tanda ada juga digunakan tulisan
jawi. Then, orang-orangnya sangatlah sopan. Bila jumpa orang je bagi
salam. Bagus kot ! . Lepas tu diorang punya speaking sangatlah lancar.
Kalau cakap sesama diorang tu selain guna bahasa Brunei diorang
kebiasaannya akan guna bahasa Inggeris. Hebatlah ! wahi belajar BI dari
tadika lagi tapi sampai sekarang pon my speaking is broken ! (Jeng
sungguh, huhu)
Apa lagi nak cerita ea, haa wahi ada naik bot dengan kawan-kawan melawat
kampung air, pastu gi shopping, pergi muzium, pergi bersihkan
kubur(waktu memang muhasabah diri, sebab kita pon akan mati suatu hari
nanti kan), pastu ada pergi sambutan kemerdekaan negara Brunei yang ke -
29. hehe. Tak beza sangat dengan Malaysia, ada perbarisan dan ada acara
persembahan transformasi, then diorang akan nyanyi lagu kebangsaan
diorang (waktu ni kami senyap jerr, tak tahu lagu, hoho).
Hmm best lah Brunei, sebenarnya rasa nak duduk lama lagi kat sana, kiki.
Tapi tak lupa ada tanggungjawab kat Ukm ni, insyaAllah ada rezeki nak
pergi sana lagi, dengan family mungkin ? ^^
Kalau diikutkan banyak lagi cerita, cukuplah sampai sini dulu ya ^^
Ni ada sedikit gambar sepanjang berada kat sana, jemput tengok.wahi undur diri dulu, Salam ! ^^
Sekian, wassalam ^^
No comments:
Post a Comment