Sunday 14 October 2012

Introspeksi Iman 1 ~ Ayuh Berselawat

Salam, sahabat2 ku yang dikasihi dan dirindui kerana Allah, kita berukhuwah juga keranaNya, sudah lama rasanya tak menulis, harap sahabat2 semua sihat dan bahagia

Baiklah, untuk introspeksi iman pada kali ini, wahi nak kongsikan perihal "Selawat"...

 Selawat adalah suatu ucapan yang mudah untuk kita lakukan namun besar ganjarannya...selain daripada menjalankan apa yg diajarkan oleh Rasul Allah saw seperti solat, puasa, kita juga digalakkan untuk berselawat ke atas Rasul mulia, ia juga menunjukkan tanda kasih dan rindu kita kepada Rasul saw..so, jom kita perbanyakkan berselawat ke atas Rasul ! ^_^

"Apabila ringan timbangan kebajikan seorang mukmin maka ketika itu datanglah syafaat daripada Rasulullah saw".
Baginda akan mengeluarkan 'Bithoqoh' iaitu selembar kertas yang kecil selebar jari dan mencampakkan ke dalam piring timbangan di sebelah kanan, ketika itu beratlah timbangan kebajikan kebajikan orang itu.



Banyak kelebihan yang kita akan dapat bila berselawat, ia menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw. Tahu x kita betapa besar cinta Rasul mulia kepada kita semua ? Sebagai umat yang disayangi oleh Baginda, di akhir hayat hidup Baginda pun Baginda ingat akan kita, bagaimana pula dengan kita ?

Tambahan , kita juga akan diberi syafaat jika diizinkan oleh Allah Maha Besar.

Kesimpulannya, ayuh kita perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah saw, bukan susah, sebut ja, jadikan ia amalan kita sehari-harian...insyaAllah semoga bertambah3 kecintaan kita terhadap Rasulullah saw dan berdoalah agar suatu masa nanti kita juga dapat berjumpa Rasulullah saw, Allah ! keinginan yang maat sangat ! semoga diperkenankan...

 Sekian sahaja perkongsian wahi, semoga bermanafaat insyaAllah, salam sayang buat semua ~  

No comments:

Post a Comment