Tuesday, 6 March 2012

PD : Kepimpinan Dari Perspektif Islam ^_^


REFLEKSI DIRI 1
Kepimpinan Dari Perspektif Islam
      Kepimpinan adalah proses di mana individu mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi serta keupayaan untuk mambawa orang lain  ke arah yang lebih baik.

      Dari perspektif Islam,kepimpinan adalah suatu tanggungjawab yang berasaskan amanah dan taqwa.Sumber rujukan utama yang digunakan adalah Al-Quran dan As-Sunnah pada setiap masa dan walau di mana-mana mereka berada.Allah SWT mencipta manusia di dunia ini adalah mereka ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengajak diri sendiri,keluarga dan ahlinya ke arah matlamat yang sesuai dan menggunakan cara yang diredhai Allah SWT untuk mencapai matlamat tersebut.

       Berbanding kepimpina melalui perspektif barat,ia adalah berasaskan pencapaian matlamat semasa yang berkaitan dengan aspek kehidupan dunia semata-mata.Manakala,dari perspektif Islam ia pula menitikberatkan kedua-dua aspek iaitu duniawi dan ukhrawi.Pemimpin mestilah menetapkan sepenuh kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah SWT.Tambahan pula,pepimpin haruslah menegakkan “amar makruf , nahi mungkar” sama ada dari segi akidah,syariah,ibadah dan akhlak.

        Penting bagi seorang pemimpin untuk menjaga hubungan baik mereka dengan Allah SWT,menjaga hubungan manusia lain dengan diri mereka sendiri dan hubungan manusia dengan makhluk Allah SWT seperti alam sekitar dan haiwan ciptaan Allah SWT.

        Melalui pembacaan saya mendapati bahawa pemimpin haruslah menunaikan amanah kepimpinan seperti :
-Wajib mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT
-Taat setia kepada sunnah serta segala ajaran Baginda
-Pemimpin juga haruslah menanamkan taat setia kepada para muslimin,ulil ‘amri’ iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarat.
-Pemimpin itu juga haruslah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama iaitu sebagai rujukan mereka dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

     Di antara perbezaan dari perspektif Islam dan perspektif barat yang saya dapati adalah dari perspektif Islam perlu bagi seorang pemimpin untuk menjalankan amanah ketuhanan yang merangkumi urusan duniawi dan ukhrawi.Kepimpinan juga adalah sebagai suatu taklif(tanggungjawab) dan pemimpin juga haruslah dipimpin berteraskan juga ilmu,iman dan amal.Manakala,dari perspektif barat ia hanyalah mementingkan urusan duniawi dan manusiawi.Kepimpinan juga adalah sebagai proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat.Kepimpinan dari perspektif barat juga memberi keutamaan kepada individu,sumber-sumber,tugas dan matlamat serta situasi(kepuasan) masing-masing.

     Untuk berjaya dalam memimpin sesebuah organisasi,seseorang individu itu haruslah berilmu,beriman dan beramal dengan penuh ikhlas tidak kira apa jua bidang sama ada ekonomi,sosial ataupun politik.Kepimpinan dalam Islam selalunya mengamalkan syura(mesyuarat) dalam membincangkan apa yang diperlukan oleh sesuatu organisasi.

     Di sini juga saya nyatakan beberapa ciri-ciri pemimpin yang berhak dipilih.Antaranya adalah seorang pemimpin itu mestilah muslim akil baligh dan seorang lelaki.Beliau juga mestilah seorang yang adil dalam melaksanakan hak-hak Allah SWT serta berilmu sama ada ilmu fardhu ain serta ilmu fardhu kifayah.Selain itu,pemimpin juga mestilah seorang yang mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berdasarkan ilmu,hikmah,bijaksana.Beliau juga mestilah mempunyai adab dan akhlak yang baik agar dapat menjadi contoh teladan yang baik (qudwah) dan mempunyai sifat mahmudah agar dapat menjadi ikutan untuk semua ahli-ahlinya.Sifat optimistic,istiqamah,ikhlas dan jujur juga penting.Di samping itu,pemimpin perlulah sihat tubuh badan agar mudah menjalankan gerak kerja sehari-hari.Penting juga bagi mereka untuk mengenali jemaah mereka sendiri dan tahu kelemahan dan kakuatan diri mereka.

     Setelah mambaca tajuk Kepimpinan Dari Perspektif Islam ini,saya mendapati bahawa setiap manusia sepatutnya sedar akan kewujudan mereka ini diciptakan oleh Tuhan di muka bumi ini adalah sebagai seorang khalifah yang menetapkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan serta pengabdian diri kepada Allah SWT.

     Sepanjang hidup kita sering melakukan sesuatu untuk mendapatkan habuan yang “singkat” iaitu seperti keuntungan,gaji dan puji-pujian.Namun,sepatutnya yang kita harus sedar apa dan kenapa kita melakukan sesuatu dan itu adalah kerana mengharap keredhaan Allah SWT semata-mata dengan melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang sama ada dari hal duniawi mahu pun ukhrawi.

     Saya juga mempelajari bahawa kita semua adalah seorang pemimpin,Pemimpin yang memimpin diri kita sendiri,memimpin keluarga,sahabat serta masyarakat yang ada di seliling kita.Pada saya,masing-masing perlulah memupuk nilai-nilai murni seperti jujur,istiqamah,ikhlas,tawadu’ dan menyemai semua sifat mahmudah dalam diri seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW  kepada kita semua.Ini penting kerana setiap pemimpin akan dilihat sebagai seorang “role model” dan akan dijadikan ikutan oleh ahli-ahli bawahan.

     Di samping itu,untuk menjadi pemimpin yang baik,kita perlulah meguasai ilmu dari semua aspek sama ada ilmu fardhu ain dan fardu kifayah.Pentingnya ilmu ini untuk membantu melancarkan lagi perjalanan hidup kita.Ilmu yang dipelajari juga mestilah diamalkan sepanjang masa.

     Sebagai tambahan,untuk menjadi pemimpin yang baik,saya juga harus menjaga hubungan yang baik dengan Pencipta,menjaga hubungan antara manusia dengan manusia lain serta menjaga hubungan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain misalnya alam sekitar dan haiwan.Ini akan dapat mambantu mengelakkan diri menjadi seorang yang hanya mementingkan diri sendiri dan ia akan dapat membantu saya agar lebih disenangi oleh orang lain dan diberkati juga oleh Allah SWT.     

     Sebagai konklusi,saya rasa penting untuk setiap manusia menyedari akan tugas mereka sebagai seorang khalifah dan pemimpin di dunia ini.Seorang pemimpin yang bijak juga akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik agar dapat dijadikan ikutan oleh orang lain khususnya ahli-ahli organisasi.Pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa berbincang bersama ahli organisasinya agar langkah-langkah terbaik dapat dicapai dan digunakan dalam melakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.Amalan spiritual juga penting dilakukan setiap hari oleh setiap pemimpin agar mereka lebih dekat dengan Pencipta seterusnya dapat menjalankan kehidupan dengan lebih diberkati.

4 comments:

  1. Wahidah,

    Tahniah kerana telah memulakan blog. Sudah banyak post - kepimpinan, muhasabah, berita.

    Sedikit nasihat, mungkin boleh tukar warna 'background' post. Terlalu terang, sukar untuk membaca.

    Untuk post seterusnya, mungkin boleh teruskan dengan tema kepimpinan atau muhasabah diri.

    Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  2. Kalau Boleh Post Isu-Isu semasa. Apa Kaitannya Dan Kesannya Dengan Masyarakat. Mahasiswa Bukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Ada Di Dalam Buku Tetapi Wajib Tahu Pergolakan Yang Ada Dalam Masyarakat - Jika Tidak Mahasiswa Hanyalah Mesin Yang Dicipta Oleh Kilang Universiti Untuk Melahirkan Keuntungan Golongan Pemodal. :)

    ReplyDelete